Saya ingin berkongsi cara menjaga rambut keringting/ikal.
1- jangan sikat terlalu kerap
menyikat rambut dengan kerap boleh mengakibatkan keguguran
rambut dan rambut keringting menjadi pecah.
ini makannya bila sikat rambut terlalu kerap. rambut jadi fluffy haha (been in that phase already)
2- jangan guna sikat yang rapat
ini pun sama, bila guna sikat yang rapat, rambut akan pecah-pecah dan lebih kembang.
3- gunakan shampoo yang lembut supaya rambut tidak menjadi kasar dan keras.
setelah beberapa kali jadi tikus putih makmal dengan mencuba pelbagai jenis shampoo, bagi saya, shampoo ini paling sesuai sebab dia melembutkan rambut dan yang penting *harummmm* (penting okay untuk wanita). even sunsilk lain pun xboleh lawan yang ni. yang paling mengembirakan, shampoo ni sangat affordable. shampoo pun jangan la kerap, nanti rambut jadi brittle.
4- tip potong rambut
haaaa...yang ni pun penting juga, jangan nak pandai2 nak buat bang. sebab end up Nampak macam awak ada antenna/sesungut. kalau nak potong biarlah paras hidung. nanti senang nak kepit.
5- minyak zaitun
rambut keringting akan nampak lagi terok bila dia kasar dan keras. jadi, memang kena guna minyak zaitun setiap seminggu.
DIY : cara buat rambut kerinting supaya nampak mewah (ceh!)
a) lepas shampoo semua, lap rambut (jangan gosok against towel) biar rambut agak lembap.
b) letak minyak zaitun lepas tu sikat guna jari.
c) guna sikat yang jarang, cuba pintal-pintal rambut dan biarkan kering.
d) lepas kering tu, cuba leraikan pintalan rambut guna jari.
e) bilas rambut dengan air jer untuk hilangkan minyak zaitun.
f) lepas tu biar kering sendiri.
selalunya saya buat seminggu sekali. tapi bila xde masa, even 2 minggu pun rambut lambat nak jadi fluffy.
*fungsi sapu minyak zaitun tu adalah untuk menyihatkan rambut dan membantu rambut supaya kurang lerai.












